Sunday, 27 March 2011

Misi, Visi Dan Moto SK Penampang


VISI
“Bertekad cemerlang dalam kurikulum, sahsiah dan kokurikulum menjelang tahun 2013”.

MISI


  • Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Mendidik murid dengan ilmu pengetahuan yang berkualiti agar memperolehi kecemerlangan khususnya dalam peperiksaan UPSR.
  • Melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, keratif serta berketrampilan dan mampu berdaya saing dalam menghadapi dunia era globalisasi.
  • Mengamalkan budaya kerja cemerlang di kalangan warga sekolah
  • Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang harmoni melalui pemuafakatan dan kerjasama di kalangan komuniti.

MOTO

           “  BERDISIPLIN BERUSAHA BERJAYA ”

Saturday, 26 March 2011

Latar Belakang Sekolah


1.1 Latar belakang sekolah

Sekolah Kebangsaan Dimpokuan merupakan sekolah baru dan terletak atas geran CL 28343 yang mempunyai keluasan 2.239 hektar (5.533 ekar). Bangunan sekolah ini telah siap dibina sepenuhnya pada bulan Disember 2002 tetapi majlis penyerahan bangunan telah diilakukan lebih awal, iaitu pada 10 Mei 2002. Datuk Dr. Hamdan Hj. Mohammed selaku Timbalan Pengarah Pelajaran ketika itu telah mewakili Jabatan Pelajaran dalam upacara penyerahan itu.

Sekolah ini memulakan operasi pada 6 Januari 2003 dengan bilangan pelajar seramai 112 orang dan tujuh orang guru. Guru Besar telah melapor diri pada 28 Mac 2003 menjadikan bilangan guru kepada lapan orang pada tahun itu. Empat buah kelas telah dibuka semasa sekolah ini memulakan operasinya, iaitu darjah 1 (2 buah kelas), darjah 2 (sebuah kelas), dan darjah 3 (sebuah kelas).

Bangunan sekolah mempunyai empat buah blok bangunan yang terdiri daripada 3 buah blok bangunan 3 tingkat dan sebuah bangunan satu tingkat. Blok bangunan 3 tingkat itu pula merangkumi sebuah blok pentadbiran (Blok Pentadbiran) dan dua buah blok bilik darjah (Blok A &  B). Terdapat sebanyak 30 buah bilik darjah pada kedua-dua blok tersebut. Manakala bagi blok bangunan satu tingkat, sebuah kantin di tempatkan di bahagian bawahnya. Di bahagian atas pula adalah sebuah surau, stor SPBT, PJK, dan stor am.

Sekolah ini turut dilengkapi dengan sebuah padang permainan kecil disamping 3 buah gelanggang sepak takraw / badminton. Tidak ketinggalan sebuah dewan terbuka serta bilik mesyuarat juga dimiliki di blok pentadbiran.

Pada sesi 2004, ahli jawatankuasa PIBG sekolah telah membuat permohonan kepada Kementerian Pelajaran untuk menukarkan nama sekolah kepada nama baru iaitu SEKOLAH KEBANGSAAN PENAMPANG. Akhirnya pada tanggal 14 Jun 2007 nama sekolah yang baru telah mendapat kelulusan daripada pihak kementerian. Sehingga sekarang sekolah ini dikenali sebagai SK. Penampang. Nama baru ini menunjukkan bahawa sekolah ini bersedia untuk bersaing dari segi pencapaian intelek, sahsiah serta mendukung nama daerah Penampang.

            Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah:

            1. William T. Sorimpok                  2003  hingga  2008

            2. Lai Ah Ngan                                 2008  hingga sekarang

Bismillahirahmannirrahim...

salam semua buat warga SK.Penampang..

Pertama sekali, saya berharap kita semua akan berusaha untuk menaikkan lagi nama sekolah kita.Pembinaan blog ini merupakan langkah awal kita untuk terus mengejar kejayaan di samping hubungan silaturahim yang akan semakin bersemarak.

Saya berharap anda semua menyokong usaha untuk menjadikan blog ini sebagai salah satu wadah untuk kita berkongsi idea dan juga maklumat.

Akhir sekali, salam silaturahim dari saya buat semua=)